dulu melihat si anak murid di perlimau..kini aku jadi pengapit anak murid yang dahulunya di perlimau dalam majlis yang sama..masa berlalu begitu cepat..hari ini Ustaz Nik Iznan Musyahmi Mohamed telah bergelar Wakil Mutlak Seni Silat Pusaka Gayong Serantau dan Sedunia..
aku berbangga dengan kejayaan beliau..maklum saja lah nak melahirkan anak murid yang berjaya sampai ketahap ni bukan satu perkara yang biasa..terima kasih juga ku ucapkan kepada Tn Syed Harun..sparring partner yang kuat memberi semangat dan dorongan kepada aku dalam usaha menterjemahkan sebuah perjuangan..
kini dari semangat juang yang tinggi dalam meniti titian ke tahap jurulatih..aku sanggup melalui segalanya..kini aku sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku kerana hari ini kita semua berbangga berjaya melahirkan anak seni penyambung waris bangsa..Ustaz Nik Iznan Musyahmi Mohamed sebagai seorang Wakil Mutlak hari ini..


Sebak dan Terharu bila membacanya... Doakan saya agar dapat meneruskan kesinambungan warisan pusaka bangsa ini.
ReplyDelete