Satu pagi yang hening, terdengar suara yang tak dikenali memanggil di luar rumah..
“abejoe, ari ni ada latihan silat ko di sekolah.”
Terpikir juga saper yer gerangan tuanpunya suara tu.
Bila aku tengok rupanya budak-budak kampong aku yang nak ikut pergi latihan di Maktab Sultan Ismail (SIC)
Penuh basikal depe rumah aku..aku sediri pun tak tahu nak wat lagumana..nak tak nak aku terpaksa bersama denge mereka..naik basikal menuju ke gelanggang SIC..
Sapa di gelanggang aku rasa aku telah laksanakan satu tugas dan tanggungjawab utk mengajak kawan sekampung aku untuk belajar silat..tak silap aku satu team bola termasuk adik beradik aku..
Masa tuh aku tak pernah terpikir nak pandai sorang..aku ajak jer kawan-kawan bersama belajar..
Segalanya berlaku dalam hari, minggu, bulan, tahun dan kini aku telah berada dalam dunia silat melebihi 20 tahun..
Tapi aku piker sepanjang aku bersama dalam dunia silat ni..aku bukan berkeseorangan tapi aku kembangkan silat ini kepada ramai anak melayu di negeri Kelantan ni. Kalau di hitung aku pernah mengajar lebih dari 20 buah sekolah di negeri Kelantan.. dalam tahun aku mengajar masa aktif dulu aku pernah mengajar 16 buah sekolah dalam setahun..cuba bayangkan 16 buah sekolah dalam masa sebulan.. ahli masa tuh mencecah 1000 orang setahun..
Huh..sekali aku ingat macam la aku nih hebat sangat..tapi tak ada apa yang ada pun..
Aku sibuk dengar jurulatih yang mengajar 5 buah sekolah..huh kira dah hebat la tuh..anak murid 100 orang..dalam masa setahun..pengalaman mengajar 5 tahun..huhu..masa tuh kehebatannya melebihi guru yang pernah mengajar..aku tak maksudkan sesiapa..
Kerja yang pernah aku lakukan ini sebenarnya untuk memperjuangkan silat di negeri Kelantan..hari ini anak murid aku dah besar..semuanya dah membawa diri dalam dunia mereka masing-masing..aku pula masih lagi sibuk membina generasi 7 – 20 tahun dalam dunia persilatan..
Pernah aku bersembang dengan bekas anak murid aku mengenai perjuangan aku dalam silat gayong..
Sekali aku juga terpikir..mereka yang menjadi guru silat yang mampu bertahan dalam dunia silat ini ialah mereka yang telah mempunyai pekerjaan tetap dan ahli perniagaan..
Lain la aku berjuang selama ni hanya mengharapkan sedekah dan sumbangan dari anak murid..
Kalau mereka-mereka yang berkerjaya ini diberi peluang untuk mengajar silat dan diberi pilihan mengajar silat sepenuh masa..
Aku rasa tak der orang yang nak..masa aku tengah semangat nak bersilat..masa tuh aku masih ingat..aku terima surat interview bomba..
Tapi masa tuh kerana dek minat dengan silat..aku koyakkan kertas tuh dan dalam hati melekat satu semangat untuk terus berjuang dalam silat..
Mula dari situh aku tumpu silat..mengajar bagai nak rak..buat persembahan serata tempat..mengajar di gelanggang sekolah seluruh Kelantan. Aku yakin kalau jurulatih yang mempunyai kerja tetap seperti guru atau mana-mana kakitangan kerajaan atau swasta diberi 2 pilihan silat atau kerja..mesti mereka akan pilih kerja..percaya tak?
Tapi semangat perjuangan abejoe tak luntur..kini aku teruskan perjuangan ini dan berharap agar ianya dapat menjadi satu inspirasi mengembangkan silat ke seluruh Negara..
Terpulang kepada anak bangsa yang mengenali diri ini menilai positif dan negative sepanjang perjuangan aku dalam gayong..ada jugak jurulatih yang tidak berpuas hati dengan aku..dan ada juga yang menyanjung perjuangan ini..apa pun segala yang aku lakukan ini terpulang kepada mereka menilaikannya..
Ada yang sanggup mengatakan aku mengajar silat semata-mata kerana ingin meraih pendapatan..tetapi sedar atau tidak guru yang diamanahkan dan dikenali sebagai satu kerja mulia juga mengharapkan pendapatan bulanan..
Inikan pula aku yang hanya mengharapkan sumber pendapatan melalui dunia persilatan..
Terimalah hakikat bahawa dunia persilatan harus melahirkan barisan jurulatih sepenuh masa untuk mengembangkan silat di pelusuk Negara ini..
Wassalam..

No comments:
Post a Comment