bercakap tentang gayong anak gayong ramai yang bersemangat nak buktikan mereka hebat..bila bercerita pasal gayong ada yang kata dia pernah hidup zaman Allahyarham Dato'Meor Abdul Rahman (ADMAR)..pernah kena penangan ADMAR..pernah bersama ADMAR dan sebagainya..tapi bila bercerita tentang perpaduan mereka masih lagi mempertahankan mereka yang betul..dan kumpulan lain salah..hidup kita atas muka dunia ni ADAKAH memang nak cari salah orang dan jarang sekali sanggup melihat salah diri..mungkin dalam artikel saya ini tidak ada hadis soheh dan ayat hadis yang mampu perkuatkan gabungan perkataan ini..tetapi harap ada bantuan dari blogger's terkenal nik iznan mampu membantu saya dalam soal ini..
kita yang diberi peluang Allah Taala bersama ADMAR patut bersyukur dan sebolehnya perturunkan sebanyak mungkin ilmu kepada mereka yang memerlukan kerana ilmu ini bukan hak kita..
dan kita patut menyalurkan pada jalan yang benar..
kalau di banyak2 negeri semasa saya mengikuti mesyuarat agong di seluruh malaysia..masa tuh mungkin seangkatan dengan guru2 yang peringkat muda seperti saya ni..ada yang sanggup keluarkan senjata api kerana mempertahankan hak..
huh..ini hebatnya bangsa kita..demi bangsa sanggup pertahankan maruah diri..tapi tak per la itu dah jadi lumrah..tapi untuk apa semua itu..
kadang2 terpikir jugak di hati ini..adakah selagi ada mereka yang sezaman dengan ADMAR selagi itu kita tidak akan bersatu..kerana masing2 dengan haluan sendiri..
marilah bersatu, mengalah tidak bererti kalah, diam tak bererti salah..cuba sama2 duduk semeja berbincang..tapi ada yang kata dah duduk semeja dah..bukan semeja dua tiga meja tapi tak jumpa juga jawapan..dan ada yang kata sebab tu dan sebab ini..sebenarnya kerana mereka tidak mahu dipandang rendah..dalam kumpulan mesti ada ketua masalahnya siapa yang nak jadi ketua dan siapa yang nak jadi pengikut..
terjadi pada diri saya suatu masa dulu semasa ingin berhijrah dari PSSGM ke PSSPGM..asalnya orang kota bharu tapi terpaksa jadi jurulatih cawangan wakaf bharu..masa tuh rekod bersih..tak der masalah..tapi kenapa boleh jadi demikian kerana takut ada orang merebut kedudukan sebagai ketua di kota bharu..mungkin ramai yang tertanya kenapa..tapi kerana disebabkan saya berniat untuk mengajar kemana saja diletakkan tugas mengajar tetap diteruskan..
bila saya buka gelanggang yang banyak semasa dalam PSSGM sehingga 16 buah sekolah bergerak dalam masa sebulan..ramai yang pertikaikan sempat atau tidak mengajar..tetapi kerana minat..saya tetap teruskan jugak..
ada yang aktif dalam silat dalam waktu itu nama disanjung sampai melangit tapi mengajarnya 2 buah sekolah jer..bukan apa..tujuan kita untuk menyampaikan ilmu gayong kepada semua yang layak.. tetapi mereka tidak sedar bahawa apa yang saya lakukan ini kerana Allah untuk Gayong..
hari ini segelintir sahaja jurulatih yang sanggup berjuang dalam dunia Gayong ini sepenuh masa..yang bercakap berapi2 tu mungkin kerana mereka ada income tetap..contohnya cikgu, pegawai kerajaan dan sebagainya..cuba mereka buktikan samada mereka sanggup atau pun tidak jadi jurulatih full time full heart..letak jawatan..
semestinya tak ada..bermakna mereka belum lagi berkomitmen..jadi sekadar cakap perjuangan untuk mempertahankan gayong kerana mereka orang lama gayong mungkin sedikit tersasar..
hanya ada segelintir sahaja yang sanggup berjuang bersama gayong..dengan cara sepenuh hati dan masa..tu pun kadang2 di bulan ramadhan sebegini terpaksa jual kueh kerana xder kutipan yuran..
mengajar silat bukan nak menjual ilmu itu kami tahu..tapi semulia pekerjaan pun atas muka bumi ini contohnya guru kalau dipotong gaji bulanannya ..hilang kemuliaan..huhu..
tapi tak apa..yang pentingnya kepada mereka yang berkesempatan bersama ADMAR..bantu lah kami perturunkan ilmu sebelum anda DI JEMPUT PULANG..jangan hanya berbangga tetapi tak bermakna..jangan hanya bercakap tapi takder yang dapat..
gunakanlah sebaik masa yang berbaki ini untuk menyumbangkan dan meneruskan hasrat ADMAR melihat ilmu Gayong berselerakan di pimpin oleh anak bangsa yang tahu kewajipan atas dirinya sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah ini..
insyallah moga segalanya berterusan dalam usaha mengembangkan lagi ilmu Gayong dan mengembalikan taring Gayong yang suatu masa dulu mampu mencarikkan hati mereka yang cuba menghancurkan bangsa melayu kita..
bersambung di artikel yagbakal menyentuh perasaan anda dan saya..


No comments:
Post a Comment