Versi kelate….
“Abe mitak maah belako kepada semo adik-adik kalu abe ada wat silap dan salah..abe halalkan segala ilmu yang abe ajar ko adik2 semo..”
Masih lagi aku dengar pada satu kali aku bersama dale satu latihan di satu gelanggang silat..
Aku dok mikir..bakpo pulok sapa mitak maah..nok sambung ngaji ko nok gi alah ke mana..
Nok kata nak masuk u muga hok ngaja tuh pun xabih skoloh lagi..
Ruponya tak eh ngaja disebabkan kerana ada gurulatih yang tok sir wi budak2 ni gi langgar taro dale gelanggang silat lain..aku pun pikir la denge otok benok ni..bakpo la jadi gini..
Kalu ore lain tengah sibuk pikir lagu mana nak wat penyatuan..tiba2 ada pulok gurulatih yang tak buwi budak2 dok sekali dale satu gelanggang..
Aku pun mari terlitah masa aku wat mandi tapok baru nih..aku ajak belako semo jurulatih..duduk sekali..terutama pulok anak2 gayong..yang beza nya nama tapi perjuangan tetap sama..
Aku serow masih lagi ada peringkat lama yang tak puah atuh dan rasa besar diri denge yang pernah dikecapi..sanggup memutuskan hubungan sesama ahli demi menjaga nama baik pertubuhan dia..seharusnya kena pantau gapo yang dibuat selama ni..adakah untuk kebaikan atau semata2 untuk mencari nama dan tempat dale gayong..
Aku sendiri rasa tersisih bila bersama denge ore lagu nih…
Aku nih tak la hebat berbanding denge ore lain yang layak pakai benkong hitam bercula..aku nak ambik kesempatan nih nak cerita dan berkongsi pengalaman mengenai perjuangan dan pengorbanan..
Beza antara kedua insan yang suatu masa bergelar pelatih dan hari ber’title’ jurulatih..
Hok sore tuh belajar gayong dari awal hingga akhir denge melalui proses belajar..
Hok sore lagi menjalani proses belajar dan mengajar..
Tanggung jawab yang berat dipikul oleh serang jurulatih yang belajar sambil mengajar berbanding dengan jurulatih yang hanya belajar untuk dapat kedudukan jurulatih..
Bermula tahun 80-an dia belajar dan mengajar dengan jumlah anak murid yang dilahirkan dalam tiap tahun bukan satu jumlah yang kecil..
Bayangkan kalau satu sekolah ahli seramai 50orang x 10 gelanggang yang dipimpin = dah ada 500 ahli setahun yang telah kenal gayong dari usaha beliau..perjuangan selama 20 tahun dalam usaha mengembangkan gayong = lebih kurang 10,000 ahli telah kenal gayong dari mata kasar..
Huhu berbanding dengan jurulatih yang setiap tahun setiap bulan belajar hanya untuk dirinya sendiri..
Terfikir jugak aku..bila la kawan aku nih nak berhenti mengajar yer..tapi mungkin dia pn dah lama pikir benda ni..nak wat camana..masing2 bukan nak tolong ketengahkan benda nih tapi mereka yang layak mendapat pangkat dan sebagainya dalam gayong sebenarnya bukan seperti jurulatih bertaraf juruletih ini..tapi sebaliknya mereka yang berjuang bermatian dalam silat olahraga yang bermatian mengangkat nama negeri dan Negara..
Maka kesimpulan yang dapat dibuat..nak capai benda tuh semua dah terlambat la..kawn aku tuh kena tunggu kembali ke zaman remaja..hehhe..tak mungkin kot..kepada mereka yang membaca petikan ni..fikir2kan la..kawan aku tuh dah oyat dia tak dok gapo..yang penting lebih ramai yang kenal gayong dan terpanggil untuk memartabatkan budaya bangsa ini..
Jumpa lagi di lain perkongsian..mungkin anda ada cadangan..ayuh..wi jah tajuk..pah ambo huraikan..insyaallah..

No comments:
Post a Comment