dalam mengembangkan seni beladiri ini memang setiap ujian akan ditempuhi oleh setiap insan yang bergelar jurulatih..walau dalam apa situasi sekalipun kita harus sedar bahawa kita sentiasa diuji oleh allah swt..anggaplah cubaan dan dugaan yang diterima sebagai bunga yang mewangi di taman hati...
kadang-kadang diwaktu mula belajar seni silat..biasanya jurulatih bersemangat kerana dapat pelatih baru..membara jiwa untuk mengajar anak bangsa mewarisi seni..hari demi hari..bulan tak sampai sebulan..maka pelatih yang bergelar anak murid ini telah pergi membawa diri..katanya "tak sudah jugak aku belajar silat .. orang sekarang ni bukannya guna sangat seni cam ni..orang guna pistol..." huhhhh..keluhan guru bercampur redha dengan jawapan anak murid yang belum faham dengan istilah istikamah dan perjuangan..
belum pun cukup sebulan belajar..mereka mula membuat keputusan sendiri.."ingatkan belajar silat ni boleh terbang, boleh ghaib..boleh.............. setakat belajar tumbuk, tangkis, pancung..xbelajar pun xper.." ini lah kata-kata yang memberi seribu kegelisahan kepada jurulatih..
takkan la sebulan belajar dah nak belajar semua yang ada dalam bidang ni..nak tak nak ujian macam ni amat mencengkam kalbu..belajar dan mengajar menjadi rutin harian seorang jurulatih..di samping mengajar mereka juga turut belajar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam persilatan..
hari berganti hari..bulan berganti bulan..tahun beganti tahun..25 tahun..35 tahun.. dan ada yang sampai 50 tahun berjuang dalam dunia persilatan..mencuba nasib untuk melahirkan insan yang betul-betul dapat menerima seni ini dan diwarisi kepada generasi akan datang..lepas seorang-seorang panglima, pendekar, pejuang, hulubalang pergi meninggalkan kita tetapi belum masih ada yang mampu menandingi mereka..
jurulatih cuba untuk memberi semangat untuk pesilat meneruskan perjuangan ini tapi hanya hangat-hangat tahi ayam..kena penangan jurulatih terus bawa diri..dan bukan saja bawa diri tapi bawa mulutnya sekali.."patut la dia boleh wat camtuh sebab dia jurulatih..cuba aku yang jadi jurulatih dia..aku pun boleh buat lebih dari itu..."..ini lah yang sering menjadi ujian fizikal dan mental setiap jurulatih..
Tapi kalau di luar gelanggang..tak kurang hebatnya jurulatih mendapat ujian dari musuh dan lawan..tengah semangat mengajar datang sekumpulan remaja bermotor yang sebaya dengan jurulatih.."woi, mengajar budak boleh la..kalau betul-betul nak jadi jurulatih haaahhh ni di lawannya.." jadi si jurulatih ni bukannya tak nak layan..maklum la mereka tak faham yang kita ni bukan nak mengajar budak-budak tu bergaduh..cari pasal dengan orang tapi nak pastikan mampu mewarisi ilmu silat..ish dibuatnya hilang sabar hari tuh tak tahu la apa yang berlaku..
tapi dalam situasi ini jugak si jurulatih kena pikir panjang..kalu aku lawan katalah nasib tak baik..aku dikalahkan..apa kata mereka.."hehehe..dengan orang macam nih kau nak berguru..aku yang tak belajar pun boleh kalahkan dia.." tapi katalah ari tu nasib kita baik..teruk hancur lebur dibelasah dek si jurulatih tadi..ada pulak yang kata.."dia tak per la jurulatih ada kemahiran dah bertapa 7 gunung..memang boleh lawan dengan orang cam ni...tu belum jumpa buku dengan ruas.."..pulak.....abih nak wat camana..tapi dalam ramai yang cakap gituh mungkin ada sorang dua yang cakap.."tu la..nak cabar tak tengok orang..jurulatih tu nampak jer rilek..tapi memang class profesional la cara dia pukul budak tuh..." tapi berapa ramai yang sanggup cakap cam ni yerr..sebab manusia ni memang kaya sangat dengan sifat ego..tak nak puji kehebatan orang tapi asyik cari kelemahan orang..cuba kembali ke fitrah..cuba kita lihat kelebihan orang dan cuba cari kelemahan diri..insyaallah takkan berlaku perkara cam ni..bila mereka nak cabar jurulatih tuh dia akan lihat kelebihan jurulatih tuh ..ish dia ni memang hebat, dianugerahkan oleh allah swt untuk memimpin anak bangsa..tapi kenapa aku ni tak macam dia..tahu nak cari salah orang jer.."..kalau la semua punyai pendirian begini..huhhhhh..tenang dunia..mengajar silat pun takder yang ganggu..tapi kita harus ingat allah swt telah jadikan dunia ini berpasangan..baik jahat, buruk baik, cantik hodoh, menang kalah..dah jadi lumrah hidup..jadi nak tak nak kita lalui jer la UJIAN MURID & MUSUH ni..
insyaallah segalanya bakal melahirkan seorang pemimpin yang bakal mewarnai dunia persilatan di dunia ini dan melahirkan seramai mungkin pesilat yang bertaraf jurulatih..

No comments:
Post a Comment