Thursday, 3 June 2010

sampai bila harus belajar silat ni???

mungkin ada yang bertanya sampai bila kita harus belajar silat..sama dengan makan..kalau kita nak hidup, kita mesti makan..sama kalau kita nak pastikan kita sentiasa hidupkan silat dalam diri kita..kita kena sentiasa belajar..jangan mudah nak mengajar dan jauh sekali kurang ajar..mungkin persiapan diri untuk mempelajari dan mendalami ilmu silat ini harus tebal dalam sanubari kita..jangan cepat mengeluh bila belajar..jangan mudah rasa jemu dengan jurulatih dan jangan mudah rasa tertekan bila menjadi model kepada jurulatih..jangan dan jangan dan jangan..cuba terapkan rasa sayang dan cinta kepada mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia persilatan..cuba lihat mereka ini bukan dari luaran tetapi dalaman..mungkin kita tidak nampak kehebatan dari luaran kerana tidak pernah mewakili daerah, negeri, negara tetapi lihatlah dengan mata hati mereka ini mampu bertahan sehingga hari ini dalam dunia persilatan..kalau kita baru je belajar sebulan dah tak tahan dengan kutukan jurulatih..cuba bayangkan mereka yang masih bersama dengan silat..sampai sekarang sanggup memekakkan telinga menajamkan minda untuk menerima ilmu walau sedikit tetapi berterusan..
mungkin kita juga akan tergolong seperti mereka..jangan sekali-kali rasa rendah diri kerana anda tidak mampu melakukan seperti mereka..kita kena faham bahawa mereka yang hebat dan berilmu tinggi ini mengambil masa yang lama dalam dunia ini..
kalau kita baru setahun belajar tak dapat nak kuasai dunia silat tak mengapa..cuba bayangkan kalau kita mampu bertahan dan bersabar serta mendalami dalam masa 20 tahun dari sekarang..pasti kita juga mampu memiliki ilmu seperti mereka..
maka hari ini saya berseru kepada diri saya dan anda semua..teruskan menjalani hidup sebagai seorang pendekar yang berdisiplin..tetap hati dalam perjuangan..
insyaallah segala yang diharapkan akan menjadi realiti..mungkin anda juga akan bergelar guru suatu masa nanti..ingat allah nampak apa yang kita usahakan..allah tidak menzalimi hambanya..
ayuh anak bangsa..teruskan perjuangan..takkan melayu hilang di dunia..

No comments:

Post a Comment