cikgu awang daud nama yang tak asing lagi dalam dunia persilatan melayu di malaysia..beliau merupakan anak didik dato'meor abdul rahman (mahaguru silat gayong)..sepanjang bergayong..abejoe sempat merasai air tangan cikgu awang daud dan pernah membuat persembahan bersama team gurun di komtar..hehehe buat persembahan dengan team ni bukan calang2 yang dapat..masa tuh jebat (anak cikgu majid) dan arwah zulkarnain (anak cikgu awang) abejoe dan tn syed harun..beraksi..masa tuh muda2 lagi..hehehe..ari tuh abejoe denge abe syed terlibat dengan upacara penerimaan sandang yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Kedah..kami bergegas balik dari pulau pinang ke kedah untuk majlis tersebut..tapi abejoe dan abe syed tak sempat untuk ambil tapak..cuma jebat dan arwah zul jer yang sempat tuh pun masa persembahan depan Tuanku Sultan Kedah, Arwah Zul mengalami kecederaan..
Banyaklah kenangan bersama Cikgu Awang dan Abe Joe..di waktu Cikgu Abdul Majid di jemput ke Amerika Syarikat.. Abe Joe Bersama Cikgu Awang Daud, Tuah, Jebat, Kasturi dan Wakil Jurulatih seluruh Malaysia menerima amanah untuk menjaga Gayong di negeri masing-masing jika sekiranya sesuatu berlaku kepada Cikgu Abdul Majid semasa mengikuti Ujian semasa di Amerika Syarikat..
Tapi segalanya kenangan yang tak dapat dilupakan..kini abejoe masih mengikuti perkembangan Cikgu Awang Daud dan berharap agar hubungan anak Gayong akan kekal selamanya..


No comments:
Post a Comment