sampai bila tradisi begini akan berterusan..mungkin ramai yang menyedari akan perkara sebegini yang sering berlaku dalam dunia persilatan mahupun apa saja yang berkaitan dengan pembelajaran..
mungkin ada mereka yang belajar sesuatu dari kita mula menampakkan perubahan dalam diri bila mereka merasakan satu keistimewaan dalam diri mereka..mungkin tidak berlaku bagi mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi..hanya segelintir sahaja yang agaknya merasakan mereka hebat dari orang lain..
pada mulanya golongan berstatus belajar ini akan menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran mereka sehingga memberi keyakinan kepada jurulatih untuk membantu dalam sesi latihan yang dijalankan..
tapi mereka sebenarnya tidak sedar dengan kelebihan di mata jurulatih ini jika digunakan sebaik mungkin akan menjadikan mereka seorang yang berpeluang mendalami pelajaran yang mungkin tidak diperolehi oleh orang lain..
dalam masa yang sama bila diberi peluang mengajar atau dengan kata lainnya membantu jurulatih dalam sesi mengajar..mereka mula lupa diri..siapa dia yang sebenarnya..adakah dia hebat atau dalam proses pemerhatian pihak jurulatih..kebanyakkannya disinilah bermula titik kurang ajar seseorang bila mereka sanggup melawan kata guru kerana mereka dah berkedudukan walau tidak berpengetahuan..
sedarlah wahai seluruh hamba allah..bahawa peluang yang datang harus digunakan sebaik mungkin..dan jika ianya berlalu pasti sudah tidak ada kelebihan lagi untuk kita membuktikan kepada dunia bahawa kita yang terbaik..
mungkin dalam proses belajar ke mengajar anda semestinya sedar bahawa anda adalah seorang murid yang harus mengikut arahan jurulatih kerana seorang jurulatih yang hebat lahirnya dari seorang pelatih yang setia..
renungkanlah perkongsian ini..mungkin ianya tidak ada kaitan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia..
tapi kalau terasa..maafkan kami sekadar memberi teguran bermakna untuk masa depan yang lebih cemerlang..

No comments:
Post a Comment