Sunday, 13 June 2010

Jurulatih & Pelatih Dulu, Kini & Selamanya!!!

kalau dulu kita pelatih..kini kita jurulatih..tetapi jika kini kita jurulatih..persoalannya di mana pelatih..mungkin ini telah jadi lumrah dunia persilatan..jika pelatih tak hilang ditelah ujian di waktu latihan pastinya anak melayu makin ramai yang akan bertaraf jurulatih dan mampu mengajar anak bangsa mereka dan membebaskan mereka dari gejala sosial..tapi apakan daya selepas menjalani ujian demi ujian mereka ini akan menghilang seorang demi seorang..ikhlas di hati jurulatih..kami kalau boleh tak mahu kehilangan pelatih walau seorang..kerana mereka adalah permata yang bakal menyinar suatu masa nanti..tapi apakan daya..silat ini kurang mendapat perhatian dari masyarakat dan juga ibubapa  untuk terus memberi sokongan kepada anak-anak agar terus mempelajarinya.
dari perkongsian perjalanan kehidupan aku selaku jurulatih..banyak liku yang terpaksa dilalui..memandangkan hanya aku sahaja yang mempunyai darah pendekar walau bukan dari silat gayong tetap moyang aku adalah salah soerangan panglima kepada salah seorang raja di negeri kelantan ini..darah ini mengalir ke bapa saudara aku yang kini masih lagi berjuang dalam dunia persilatan walaupun dalam keadaan izur diusia hampir 80 tahun..dan aku yang masih aktif dalam dunio silat ini..dalam ahli keluarga lain boleh dikatakan tidak ada yang aktif mendalami ilmu ini..halangan dan rintangan keluarga terpaksa dilalui seperti menarik rambut dalam tepung..untuk belajar silat di Maktab Sultan Ismail..aku hanya berjalan kaki dari rumah berhampiran Masjid Muhammadi Kota Bharu ke Maktab Sultan Ismail..masa tu aku tingkatan 4..balik pun jalan kaki..sampai umah pintu di kunci..terpaksa minta tolong mak bukakan..ayah memang anti aku belajar silat..tapi 3 tahun masa aku ambil untuk membeli jiwa dan perasaan ayah aku..pada tahun ke tiga suatu hari masa aku nak pergi latihan..aku terkejut bila aku lihat uniform aku tak ada di jemuran..bila dicari-cari rupanya ayah aku dah siap ironkan seluar baju dan bengkong silat..dan sampai sekarang masih aku ingat..mungkin restunya diceritakan dengan cara begitu..
tapi anak-anak sekarang bila mak ayah tak bagi pegi silat kira ok la tuh..sebabnya mereka seperti mendapat sokongan kerana belatih dah letih mak ayah pulak tak bagi..huh..apa lagi..orang mengantuk di sorong bantal la jawabnya..tapi kalau buat benda lain..contohnye la..hisap rokok, keluar dengan awek berpeleseran di kedai makan, taman bunga itu biasa..mak ayah marah pun..akan diusahakan jugak asal dapat buat benda-benda macam tuh..hehehe..inilah dunia..
masa aku belajar dulu..nak beli uniform silat pun kena simpan duit sekolah..takut nak minta duit..nak siapkan sepasang baju silat punya lah lama..tapi bersilat tetap bersilat..tapi ibubapa sekarang bila nak beli baju silat untuk anak..ya allah rm55.00 mahalnyer....tapi kalau bagi rm5 untuk anak topup kredit ok lak..rm5 x 30hari x 12bulan= berapa yer..nanti aku tolong kirakan..oh tak banyak rm1800 jer..kalau 10tahun baru rm18,000..tapi xder pun anak-anak yang topup kredit pastuh main sms ke call ke dengan mak ayah..
tapi dalam cerita beli baju silat nih walau aku terpaksa kumpul duit sendiri dari wang saku sekolah..tapi satu kes yang melibatkan keluarga..aku pertahankan sampai kini..orang tuh tak berani nak ganggu keluarga aku..bukan saja keluarga bahkan keturunan aku yang ada sekarang nih..tu pun baru yuran sebulan sekali..uniform sepasang setahun..kan ada faedahnya..fikir2kan lah sapa yang baca artikel ini..
apa pun aku akan terus menyusuri, menyelami, mendaki, menggali apa sahaja ilmu dari pahlawan, pendekar, panglima terbilang dalam seni silat ini..mungkin di hati jurulatih aku..tn zailani tn man..dia juga tidak menyangka seramai anak muridnya yang sesama belajar di Maktab Sultan Ismail pada tahun 1987..masa tu seramai 70 ahli baru..kini yang tinggal hanyalah aku..kalau dapat aku tunjukkan wajah ku semasa mula belajar silat..mungkin mereka menilai aku antara mereka yang akan terkeluar dari senarai dalam tahun pertama atau ke dua..
tapi sejarah tidak pernah silap 1987 - 1997 - 2007 dan kini 2010..selama 23 tahun aku masih lagi bersama silat..
walau ramai teman yang pernah bersama aku dalam silat kini telah menjawat jawatan yang hebat..seperti Tn Syed Harun Tn Besar (C.Insp Di Bukit Aman), Amin Isman (Guru Di SKSI 2), Zanini (KL), Azlan Adnan (Pengarah Pemasaran DCL) dan ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan di sini tapi aku masih berbangga kerana aku tetap menjadi seperti aku yang dahulu..salah seorang teman perjuangan dalam silat yang kini bersama dengan aku..walaupun kami dalam aliran yang berbeza..tetapi beliau sanggup memberi peluang kepada aku untuk menjadi Ketua Gurulatih Gayong Tempur ini..insan yang dimaksudkan ialah Master Sukree (Pengasas & Coach Kelantan Speed Power TKD)..kami sedang mengatur program bersama untuk memastikan segalanya berjalan secara lancar..
yang pentingnya dulu aku pelatih, kini & selamanya aku akan tetap bergelar pelatih dan jurulatih..biarkan mereka dengan hidup mereka..tapi kesanggupan aku untuk meneruskan perjalanan dalam dunia ini akan aku buktikan..bakal lahir lebih ramai pewaris-pewaris seni budaya bangsa ini suatu masa nanti..insyaallah..

No comments:

Post a Comment