Sunday, 13 June 2010

foto ini semasa aku menjadi pengadil ultimate warrior..
apa tuh ultimate warrior???ramai jugak yang tanya masa tuh..aku sendiri yang nak pergi bengkel pengadil masa tuh pun terpinga-pinga jugak jadinya bila mendapat jemputan..terima kasih kepada cikgu wan ab halim yang memberi peluang kepada aku untuk mengikuti bengkel pengadil ni..orang kata kalau kita tak tahu berterima kasih maknanya kita tak pernah bersyukur..tapi kenapa di hantar aku yer..mungkin ada hikmat di sebaliknya..
sebenarnya bukan ada orang tahu bahawa sukan ultimate warrior nih salah satu sukan angkat kepada menteri belia dan sukan masa tuh Dato Azalina Osman Said..huh..masa gi bengkel pertama di shah alam..aku ni tak tahu apa yang patut di buat..ikut jer..bersama dalam bengkel tu kawan dalam pusaka gayong dan sorang dari terlak 4..
sepanjang bengkel maklum la aku ni bukan paham sangat penerangan yang banyak dalam inggeris..tapi memang aku macam tuh..takkan la yes no pun tak tahu..aku teruskan perjuangan..sorang peserta dari kelantan tarik diri..ada la sebabnya..bukan kita nak cerita pasal sebab tuh..tapi nak cerita pasal aku..terus lagi dalam bengkel..
masa kita nak mulakan pertandingan di peringkat negeri..ada sahaja yang kata ultimate warrior (UW) ni cuba nak matikan silat dan sebagainya..aku pernah ditemuramah dalam majalah seni beladiri dan ada lah aku bagi komen sikit2..
sebenarnya uw ni bukan begitu..bukan nak matikan silat..tetapi sekurangnya kita dapat lihat camana orang silat kita dapat membuktikan seni silat mampu menandingi seni-seni lain..opsss..tak ingat nak bagi tahu..uw ni menggabungkan semua seni yang ingin menyertai seperti silat, tkd, karate, silambam, wushu dan sebagainya..ramai jugak yang join..berjalan mengikut masa yang ditetapkan..apa lagi semasa tempoh perlawanan aku hanya sempat beberapa hari jer di kelantan..terus ke lokasi pertandingan..maklumlah selalu jer dihubungi oleh National Fitness Council (NFC) untuk jadi jurulatih..jadi terpaksa lah setiap minggu..masa tahun 2007 aku dapat jadi pengadil di seluruh negeri kecuali Sarawak.. Sabah dn Labuan aku sapu bersih..foto ni masa di sabah..
semangat membara jadi pengadil..apa taknya dapat kenal negeri orang..elaun yang lumayan..
apa pun banyak pengalaman yang ditimba..sekurangnya dapat kenal pengadil2 dari semua seni mempertahankan diri yang terpilih..mereka bukan orang biasa2..ada yang belajar sampai 40 tahun dalam dunia seni mereka..huh..apa lagi..ada la jugak yang dapat aku belajar dari mereka..
itu lah kata orang..jauh berjalan luas pandangan, ramai berkawan banyak kenalan, pandai ambil hati kawan pastinya banyak ilmu yang dikongsikan..
jadi disebabkan uw dah tak der..aku pun berdiam diri bersama teman2 yang lain..
mungkin satu masa untuk acara yang melibatkan pertandingan tempur dan gayong tempur ini..pengadil2 ultimate warrior akan dijemput..teknik perlawanan akan dimaklumkan dan pastinya kita akan dapat mencari 'Best Of The Best' dalam gabungan seni ini..
salam kasih sayang penuh kerinduan dari Pengadil Ultimate Warrior Malaysia 2007 & 2008..

No comments:

Post a Comment