erm nak jawab caman yer???kira gini lah mudahnya..kalau orang yang belajar tuh ada kesungguhan untuk pastikan silat nih ok maka jadi ok..tapi masalahnya mereka buat-buat tak okey..apa taknya..belajar sebulan dah rasa diri pandai..tak datang latihan..rehat kat rumah..
bila orang tanya pasal silat memang la tahu..dengan semangat dia jawab "aku pun belajar silat"..huhu..memang kalau begini la yang ditakrifkan dengan belajar silat..memang ramai la yang belajar..kalau join silat sebulan pastu diam tu bukan belajar silat..tu di panggil daftar sebagai ahli silat yang belum tentu kemana hala tujunya..
jadi abejoe berharap agar anak melayu kita mempunyai kesungguhan dan sifat ingin menguasai ilmu seni beladiri bangsa melayu terutama silat..ikut la mana-mana silat sekalipun yang penting belajar dan hayati..kalau boleh berdamping dengan guru-guru tua lagi okey..ilmu silatnih kalau nak tunggu habis memang tak habis..ada saja yang ditokok tambah..yang penting anda faham kenapa anda bersilat..
kadang-kadang la ada juga antara kita yang dikategorikan sebagai dewasa tak mahu belajar silat..katanya cukup dengan apa yang ada..ni yang masalahnya..apa yang ada..
kalau ada kaki tangan..musuh pun ada kaki tangan..kalau kata ada kualiti sepakan tendangan tumbukan..belum tentu sebab tak de masa sebelum nih nak berlatih..jawabnya cukuplah apa yang dapat..mana lah tahu kalau lawannya tuh pun ada kaki tangan tapi punyai kelebihan dalam seni beladiri..pasti la dapat apa yang 'dihadiahkan'..sendiri mau ingat la key..
jadi bemula saat ini, kita anggap la silat ini sebagai satu seni yang wajib dipelajari..kalau kita sebelum nih seorang peminat bolasepak..kita biasa dengarkan orang bercakap "malam nih aku wajib tengok bola"..ni lah yang menunjukkan betapa setia dan minatnya terhadap sukan bolasepak..apa salahnya lepas ni kita sama-sama tanam dalam hati kita..apa pun yang berlaku, aku wajib akan belajar silat sekurang-kurangnya sekali seminggu..ini la baru jadi okey..bila bangsa kita okey silat jadi okey..tapi yang pelik dan hairannya bangsa asing yang sibuk-sibuk mendalami silat..tapi bila bercakap pasal ini..ramai pulak yang kata kenapa ajar kepada bangsa asing..senang jer jawabnya sebab bangsa sendiri tak nak belajar..dah rasa diri di puncak..huhu..tapi tak per bagi mereka yang belum menyelami seni bangsa ini ayuh kembali kepangkal jalan..biar kita malu untuk tunduk kepada mereka yang lebih muda dari kita untuk menerima sepatah selidah ilmu dari nya dari kita malu bila keluarga agama bangsa dan tanahair kita diperlakukan tanpa kerelaan kita..
ayuh bangkit semarakkan 'budaya bersilat kehidupan terjamin'..

No comments:
Post a Comment