Wednesday, 2 June 2010

Kenapa Harus Belajar Silat?

belajar itu sunat mempertahankan diri tu wajib..tapi ramai jugak bila di tanya pernah belajar silat ke? jawapannya tidak..seni beladiri yang lain.. jugak geleng kepala..sama ada betul atau tak..mungkin nak sembunyi ilmu..abejoe nasihatkan kepada sesiapa yang minat sangat sembunyi ilmu.kalu ore kelate dia panggil susuk ilmu..fikir2kan lah takkan la kita nak belajar untuk kita jer..mana lah tahu orang yang tanya tu pun tak pernah belajar silat..sekurang nya bila ada orang tanya kita..boleh la jugak kita promosi silat yang kita belajar..
mereka mungkin sedang mencari..jangan biarkan bangsa kita ketandusan ilmu beladiri..ada juga yang berbangga dengan seni beladiri lain..bila ditanya mereka memperlekehkan silat melayu..katanya sekarang nih orang dah tak belajar silat..orang guna pistol..tuan, sekarang ni pistol memang berleluasa di negara kita tapi tak lah sebebas negara jiran kita thailand..dalam keadaan kebebasan menggunakan pistol di thailand..mereka masih la mengangungkan kebudayaan seni beladiri bangsa mereka iaitu muay thai hingga ianya menjadi sebutan dan tumpuan seluruh anak bangsa kita..
belajar la apa pun janji dapat digunakan semasa dalam kesempitan..mungkin dalam kesempitan itu kita dapat kesempatan untuk mencari ruang dan peluang untuk mengalahkan musuh..
tapi ada juga yang negatif dengan silat contohnya..tak payah belajar la silat..kalau belajar pun untuk belasah orang..hehehe..tuan, sekali lagi saya ingatkan pengamal seni beladiri biasa nya tidak menyalahgunakan ilmu yang mereka ada..ibarat kata air yang penuh dalam botol tak akan berkocak..
yang menjadi masalahnya belum sempat khatam..hehehe dah nak tunjuk taring..bila lawan kalah tewas mulalah salahkan silat..katanya dalam nada sindiran..wat per belajar silat..aku lawan dengan budak pun kalah..hehehe sedangkan allah nak uji mereka dan nak beritahu bahawa ilmu yang dipelajari tuh belum cukup masak dan harus belajar lagi..
tapi mereka tak sedar..terus cari seni beladiri lain dan keadaan yang sama berlaku..menyalahkan seni beladiri dan mereka yang seperti ini biasa nya akan gagal buat selamanya dalam usaha menjejak ilmu bangsa yang begitu gah di mata dunia dengan nama-nama terkenal suatu masa dahulu seperti laksmana hang tuah lima bersaudara, tok janggut, mat kilau , datuk bahaman dan ramai lagi..mereka ini cukup paham makna silat yang sebenarnya..dan kita harus istiqamah dalam menyusuri arus perjuangan bersama seni beladiri bangsa melayu ini..
kalau ditegur dan dimarahi itu perkara biasa kerana kita melalui teknik belajar, mengajar dan yang paling penting tidak kurang ajar dengan guru yang mengajar kita..kerana keberkatan dari mereka kita amat harapkan supaya tidak berulang pantun yang pernah menjadi peringatan guru kepada murid mereka:
berburu ke padang datar,
dapat rusa belang di kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment