buat masa ni abejoe sedak tumpukan sesi latihan di sekolah kebangsaan kubang kerian 2, sekolah kebangsaan dato' hashim 1 dan juga gelanggang utama..
latihan dijalankan 2 jam setiap gelanggang..bagi gelanggang tersebut abejoe sangat berpuas hati kerana cara penerimaan teknik mengajar dan pelajaran yang disampaikan menampakkan ahli semakin serius untuk belajar..sebagai gelanggang pertama dalam tahun 2010, skkk2 memberi satu tindakbalas serta ransangan yang positif dan kesemua ahli silat di skkk2 sekarang sudah menjalani persiapan untuk menjalani ujian peningkatan bengkong mereka yang pertama..
tidak dinafikan diperingkat awal penglibatan banyak kesilapan yang dilakukan..tapi sejak kebelakangan ini menampakan satu perubahan yang besar..
abejoe bangga dengan sikap mereka yang jujur untuk belajar dan memberi keyakinan bahawa..walaupun Gayong Tempur ini baru setahun jagung..pastinya akan melahirkan pelatih yang berkualiti..
sama-sama kita doakan agar pergerakan Gayong Tempur ini memberi seribu makna dalam usaha mendisiplinkan ahli dan membentuk satu bangsa yang tahu menilai kehebatan bangsa mereka sendiri..

No comments:
Post a Comment