mungkin kelab ini baru tetapi ianya dipimpin oleh seorang yang mula melayari dunia persilatan ini bermula 1987 hingga kini..dalam usaha mengembangkan silat disekolah-sekolah..abejoe cukup masak dengan pergerakan di sekolah..berbincang dengan pihak sekolah, mendapat cadangan dan komen dari ibu bapa dan melayan karenah anak murid sudah jadi perkara biasa..
kadang-kadang bila kita ke sekolah-sekolah untuk meminta kebenaran menjalankan aktiviti silat..ada guru yang pandang sebelah mata jer..hehehe..tapi abejoe faham sangat..mungkin guru tersebut lebih minat jackie chan dari tok janggut..huhu..minat kung fu katakan..hehehe..tapi abejoe tetap terus ke sekolah-sekolah lain..di bawah panas mentari abejoe meneruskan jelajah kota bharu untuk membuka silat di sekolah-sekolah..
mungkin pihak sekolah sibuk dengan urusan pembelajaran dan pentadbiran tapi abejoe tetap berusaha untuk kuasai sekolah-sekolah..mungkin orang nampak guru silat ini 'low class' tapi kami punyai niat dan cita-cita yang tinggi..
mana ada guru silat yang nak tengok anak muridnya tewas dalam pertandingan..abejoe bersama sekolah-sekolah dibawah pimpinan dahulu pernah tidak tidur memikirkan bagaimana nak lahirkan pesilat yang berkualiti untuk menaikkan nama sekolah..
hari pertandingan hinggakan abejoe tak dapat makan kerana nak tengok anak murid dapat beraksi dengan terbaik..
"Keputusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu..Bagi Kategori Tari Solo Di Menangi Oleh Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1"..ini lah yang abejoe dengar sampai hari ini masih lagi terngiang di minda tapi apa yang nyata di sini..nama sekolah melonjak naik tapi waktu itu pesilat bersama guru penasihat bergembira menjayakan kemenangan..waktu itu abejoe bersyukur dan berdoa " Ya Allah Telah Selesai Usaha ku untuk pastikan sekolah dibawah pimpinan aku mencapai target mereka."
tahun demi tahun ini lah yang abejoe lakukan untuk menaikkan nama sekolah. dalam dunia persilatan..bukan sebuah sekolah yang bersama untuk pertandingan tersebut..kadang-kadang sampai 8 sekolah terpaksa menjalani latihan serentak dengan keahlian melebihi 60 orang untuk berebut piala dan johan dalam kategori yang sama..tanpa rasa pilih kasih abejoe terus mengajar dengan niat kerana allah dan pastikan mereka berjaya..
sesampai sahaja di sekolah ada guru yang cakap di sekolah ni dah ada taekwondo..kami mungkin tak dapat nak luluskan permohonan silat ni..kadang2 berderai air mata dari hati kecil abejoe..bukan kerana kita nak berniaga nak dapatkan yuran dari anak2 murid tapi sekurangnya berilah peluang anak melayu dalam sekolah kenal budaya bangsa..
abejoe sepanjang mengajar silat tidak pernah rasa kemewahan walau ada orang kata mengajar silat macam menjual ilmu..kadang2 abejoe tengok jurulatih seni lain ada yang boleh beli kereta dan sebagainya tapi abejoe masih dengan honda CDI hehehe..sebab perjuangan abejoe..murid bayar yuran ke, tak bayar ke perkara biasa..pernah juga dalam bulan puasa terpaksa jual kueh untuk tampung belanja keluarga..ini lah perjuangan ikhlas..kalau kerana berniaga semata-mata abejoe tak akan tunggu lama dalam dunia ni..
sedikit perkongsian dari abejoe sewaktu menjadi jurulatih silat sepenuh masa di waktu itu..harapan abejoe kepada sesiapa yang membaca bingkisan abejoe ni terutama mereka yang memahami perjuangan abejoe..ayuh kita hidupkan kembali budaya bangsa kita di sekolah-sekolah..dan beri peluang dan sokongan kepada pelajar-pelajar untuk mendisiplinkan diri melalui Kelab Seni Silat Gayong Tempur ini..

TABAHKAN HATI MU MENEMPUH DUGAAN DUHAI PADUKA GURU
ReplyDeleteDulu guru silat dok bersila je di rumah..beribu orang nak mari menuntut. sekarang Tok Guru cari anak murid demi meneruskan kelangsungan ilmu pusaka melayu ini
Walau adat terus dijulang
Agama Islam jangan di lupa
Selagi hayat dikandung badan
Ilmu yang baik di kenang jua
Walau berdentum guruh dilangit
Bumi tak berkecai sebelum kiamat
Ilmu tak di nilai dengan wang ringgit
Hargailah ia jangan di khianat
Jangan berjihad kerana dunia
tapi berjihad kerana ilahi
Hidup di dunia tak kekal lama
Akhirat jua kekal abadi
Salam hamba mengundur diri
Buat Paduka Guru Sejati,
Pendekar Lanang Sejagat cula sakti,
Gelaran hamba anugerah diberi.
www.khalifahgayong.wordpress.com