Tuesday, 1 June 2010

ABEJOE DAN TN SYED HARUN DI GELANGGANG PUSAT KG TIKAT KELANTAN SEMASA MENERIMA BENGKONG KUNING DARI TAN SRI MUHYIDDIN YASIN

persembahan ini dibuat semasa majlis penganugerahan bengkong kepada pesilat pssgm kelantan yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin ketika itu Menteri Belia & Sukan Malaysia (kini Timbalan Perdana Menteri)..waktu tu permainan mungkin terlebih semangat kot..
ni dikenali sepakan berbayang 'shadow kick'..biasalah kalau dah depan menteri apa lagi bermatian la cara mainnya..
masa tuh pulak anak murid abejoe paling ramai yang hadir pada majlis tersebut..masa tuh abejoe giat mengajar di sekolah2 seluruh kota bharu..lebih dari 15 buah sekolah yang mendapat sentuhan abejoe..kini abejoe mulakan langkah baru dalam sinar yang berbeza dari dahulu..kini abejoe dah punyai kelab sendiri yang mampu menghimpunkan seramai mungkin murid di seluruh malaysia..apapun tujuan tetap sama..berusaha untuk melahirkan generasi yang cintakan budaya bangsa dan bakal mewariskan seni ini kepada anak cucu cicit bangsa melayu..
kegemilangan bangsa mesti diteruskan dengan memupuk semangat cinta pada seni beladiri bangsa melayu ini..tujuah kami bukan untuk melahirkan anak melayu yang menggunakan ilmu ini pada jalan yang salah tapi kami merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan keadaan demikian tidak berlaku..
abejoe akan ke sekolah jika mendapati ada anak murid silat yang bergaduh di sekolah dan sebagainya..
inilah satu tanggungjawab yang selalunya dilakukan oleh abejoe bila mengajar dimana2 sekolah..
mungkin masa yang sama abejoe dapat membantu pihak sekolah dalam usaha menangani masalah gengster di sekolah dan sebagainya..
apa pun abejoe amat berharap agar walau rintangan dan dugaan mendatang dalam usaha mengembangkan silat ini..pasti abejoe akan teruskan juga..

No comments:

Post a Comment