Tuesday, 1 June 2010

ABEJOE DAN TN SYED HARUN DI KG TOK BELIAN BACHOK KELANTAN

waktu ni abejoe sedang beraksi dengan tn syed harun tn besar(sekarang bertugas di Bukit Aman Kuala Lumpur)
masa tu kalau dapat jemputan untuk persembahan punya la suka..bukan apa kalau dihitungkan beraksi dalam dunia gayong ini bermula 1987 - sekarang lebih dari 1000 kali persembahan..tak kira dimana sahaja..asal ada jer jemputan abejoe akan cuba memenuhi..kalau tak join persembahan akan jadi masalah..mungkin akan jadi kurang sihat..maklumlah dah jadi darah pendekar..waktu abejoe buat persembahan ni kecederaan berlaku kepada tn syed harun..kerana terlampau semangat sebab persembahan ni merupakan persembahan terakhir kami berdua kerana tn syed harun akan mengikuti latihan polis..
masa abejoe buat pasakan..blocking yang dibuat ada sedikit kesilapan..kaki tn syed tergelincir dan mata pisau terbenam ke kepala tn syed..tapi biasa jer sebab sambil buat persembahan pun tn syed ni mampu tutup mata luka..persembahan diteruskan hingga tamat..dan selepas tuh biasalah abejoe minta maaf dan bersalaman berpelukan..tradisi anak gayong yang sukar dilupakan..lepas tu kami kerumah tn syed mohon maaf dengan umi tn syed..memang kami begitu lah dulu kini dan selamanya..kalau abejoe yang cedera tn syed akan datang ke rumah abejoe..
mungkin kami serasi kot..kadang2 bila ada jer persembahan kami hanya buat latihan melalui talipon sahaja..kami bercerita sambil bayangkan seperti kami sedang buat persembahan..
tapi segalanya berakhir di situ dan mungkin bila ada kelapangan abejoe amat berharap agar dapat membuat persembahan dan situasi berbeza..
masa ni belum kami belum lagi ada isteri dan anak..tapi sekarang abejoe beristeri dan punyai 5 anak, tn syed pulak beristeri dan 4 anak..biasalah body pun makin gempal pergerakan mungkin sedikit terjejas..tapi tak apa..kami ada teknik permainan khas untuk mereka yang mempunyai berat badan yang melebihi 100kg..insyaallah sama-sama kita tunggu kemunculan kami berdua dalam versi berlainan..

No comments:

Post a Comment