Wednesday, 2 June 2010

Abe Joe (Putera J Kelantan 2000)


semasa mewakili kelantan ke kejuaraan silat kebangsaan ke-11 kuala lumpur 2000..masa ni biasa la zaman muda-muda..masa nak wakil ni haru biru jugak dibuatnya..bukan apa latihan giler-giler..tapi apa pun biasa la..takkan nak tengok anak murid jer masuk pertandingan..tu la rasa hatri nak join jugak..tapi terima kasih bebanyak kepada Cikgu Wan Ab Halim yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang persiapan menyertai pertandingan ni..maklum la aku ni selalu sampai awal ke gelanggang..jadi sebelum ilmu tu diperturunkan kepada orang lain..aku yang dapat dulu..tapi tak banyak..kalau banyak pasti dahjadi pesilat dunia..huhu..apa pun cukup sebagai wakil negeri memberi seribu makna kepada aku..ini adalah kali pertama dan terakhir aku mewakili kelantan..sekurangnya berjaya jugak mengangkat nama kelantan..
menang kalah adat perlawanan..kalau aku menang pastinya masa tuh kejohanan silat sedunia dan sukan sea dalam tangan..tapi tak per..yang penting ikut lawan..
masa ni paham2 saja lah berat badan untuk putera j antara 90 - 95 tapi masa tuh berat aku 98kg..nak taknak aku kena turunkan berat badan..keesokannya nak timbang berat masih tak turun..apa lagi malam tuh tak tidur..turunkan berat badan..pumping memang sampai berketul bahu dibuatnya..tapi alhamdulillah pada keesokannya masa timbangan dibuat aku berjaya masuk dalam kelas J..
tapi biasa la nak wakil kelantan ni bukan senang..walaupun masa tuh dari silat-silat lain aku jer yang layak dengan berat badan,,tapi atas permintaan guru-guru aku diminta untuk lawan jugak..nak wat camana lawan la..kemenangan berpihak kepada aku..tak per dah rezeki nak wat camana..tapi kalau kalah pun leh wakil jugak sebab diorang yang lawan aku tuh lebih berat badan..hehehe..
kehidupan sepanjang menunggu saat pertandingan amat memeritkan dari peringkat negeri ke peringkat kebangsaan..aku kena diet..pernah satu masa ketika menghadiri jemputan kenduri aku hanya minum air sirap jer..sebagai satu pengorbanan untuk negeri..

No comments:

Post a Comment