bermula 1987..kekanda yusri bagi tahu ada latihan silat di sekolah..masa tuh kekanda tingkatan 5 dan aj tingkatan 4..minat ada tapi kebetulan yang mengajar silat tu abe di..lo nih jadi waris..anak sedara abe di nikoh denge adik..
sokongan ayah bonda meme xder masa tuh..belatih gi jalan kaki dari umah kat masjid muhammadi ke maktab sultan ismail..pernah ajak kawan sekampung bersama berjuang..
berkat doa ibu bapa dalam dia walau secara terang menolak perjuangan abejoe dalam silat..
berterusan hingga pernah abejoe terpaksa minta tolong bonda buka pintu sebab balik dekat jumaat..ayahanda xbagi masuk umah..
latihan malam di kg tikat umah arwah pak jab..naik basikal..nasib baik nenda spoting..bagi peluang belajar..kul 8pm pegi belajar balik kul 12 malam..huhu..sepanjangan proses belajar malam hanya allah saja yang tahu..
masa terima bengkung hijau..jurulatih suruh jemput ibu bapa..masa tuh abejoe jadi serba salah..
terpaksa bagi tahu..pagi majlis penyampaian bengkong..ayah aj ke gelanggang bersama adik-adik..
terkejut bila latihan pada keesokannya abejoe cari baju silat yang dijemur tak der..ALANGKAH TERKEJUT ABEJOE..BAJU SILAT DI 'IRON'..abejoe hanya mendapat kebenaran belajar secara terang-terangan setelah 3 tahun belajar tanpa izin ibubapa..
selepas dari itu abejoe mendapat redha ibubapa dalam perjuangan dalam dunia persilatan.
MOGA ALLAH MERAHMATI KEDUA IBUBAPA ABEJOE DAN JUGA MEREKA YANG MEMBERI GALAKAN SEPANJANG PERJUANGAN ABEJOE DALAM DUNIA PERSILATAN


No comments:
Post a Comment