Masa tu terasa nak belajar tapi sekarang dah hilang ‘mood’..biasanya ayat ni digunakan oleh mereka yang tak tahu menilai erti masa..’time is gold’..kata bijak pandai la..
Belajar ni tak kira apa yang dipelajari..tak ada yang diistilahkan sebagai tak der mood..huhu..kalau solat ada jugak tak der mood membuktikan bahawa individu itu tak der iman di hati..
Belajar silat dari awal hingga setengah bulan..dah ada perkara yang harus dilakukan..kena jaga kambing, ayam, itik tiap kali nak diajak ke latihan silat..
Situasi ini bukan sahaja berlaku kepada anda di luar sana bahkan berlaku juga kepada saya..nak ajak kawan menyertai silat bukan satu kerja yang mudah..kadang-kadang terpaksa berlawan..hehehe..cam zaman ADMAA plak..tapi itu lah hakikatnya..
Nak ajak kawan-kawan join silat bukan apa..sbb nak tengok kawan-kawan boleh kuasai seni dan mempertahankan seni ini hingga akhir zaman..
Hari pertama pergi latihan terpaksa la citer betapa senangnya silat ni..tiba masa latihan dah mula jadi haru biru..banyak soalan yang timbul dan ditimbulkan..
Kenapa latihan silat ni tak sama dengan seni tu seni ni..hehehe sebab masa tuh baru sesi regangan hehehe..biasa la..nampaknya simple..bukan main lagi..
Masuk bab gerakan..ish kenapa biasa sangat yer..tumbuk tangkis pancung..benda ni kalau tak belajar pun boleh buat..katanya mereka yang bermasalah..kita suruh dia buat dicakap benda ni tak serius pun tak per..kita wat biasa jer..
Minggu seterus dan seterusnya mula bunyi tukul mengetuk pahat..hehehe..katanya apa yang kena buat kuat-kuat sampai bengkak tangan..buat biasa-biasa jer lah..pullllaaaaakkkkk..
Segalanya tak kena..tan sri sm salim kata kena mandi air bunga la niiiii…
Tak sempat mandi tapak..kumpulan ini mula hilang..membawa diri yang duka nestapa..membawa haluan masing-masing.. rumah tak siap pahat berbunyi..belajar silat sampai sakit seluruh badan..hehehe..bagi kita yang ajak no komen sebab kita dah mula kenal kawan kita tuh tahap ketahanan mental dan fizikal di tahap A, B, C atau D..
Namun sebagai pencinta budaya seni silat masa tuh aku teruskan perjuangan..pada mulanya bersama dengan kawan dan rakan ke sekolah untuk belajar silat..kini aku hanya berjalan kaki seorang diri dari rumah di masjid muhammadi ke maktab sultan ismail..begitulah hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun..
Semangat tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan..
Nak tahu seterusnya..jom kita rehat dulu!!!

No comments:
Post a Comment