"minggu depan abejoe nok awak mari latihan tepat jam 3.30pm..jangan bagi alasan.."
"oloh, abejoe tak po la tak dok kija..saya minggu depan ada kelas.."
hehehe..kata-kata yang mengguris perasaan abejoe dan mana-mana jurulatih..
bukan tok leh wi alasan..tapi jangan la lepas jurulatih wi arahan..tak sampai 3 saat terus ada jawapan yang tak seharusnya didengar oleh jurulatih..
si jurulatih, bila di beri arahan demikian..dalam kepala dia dah tersusun seribu silibus yang nak diajar..tapi si anak murid..bila diberi arahan tergaris seribu masalah yang bakal menjalar dalam minda untuk mengelak setiap arahan jurulatih..
ayuh kita kupas guru yang mengajar..
guru..bila sebut mengajar memang keja dia..kadang2 ada guru yang sanggup mengajar walau tak pernah dapat imbuhan..hujan, panas, ribut, petir..guru tetap sampai di gelanggang untuk mengajar..tanpa hirau bagaimana nak balik rumah..bagi guru yang berjalan kaki, naik motor untuk pergi mengajar..
bila di gelanggang..tak der dipikirnya hari nih berapa ore yang nak bayar yuran..dia hanya tahu "ok..buat barisan..kita buka gelanggang.." dan tak pernah kita dengar "ok sebelum kita mulakan latihan ari nih..berapa ore yang nak bayar yuran.." tak ader..kadang2 pegi mengajar duit belanja rm10..lepas latihan jadi rm4..hehehe..guru nih kalau kena dengan cara..semua anak murid dia nak belanja...ini lah sifat guru yang hidup nya senang menyampaikan ilmu..
tapi kupasan murid yang kurang ajar ni xberapa best jugak nak dengar..
tapi tak per..kita tengok anak murid sekarang..masuk gelanggang..terlompat2 macam................lu pikir la sendiri..bukannya nak bersalam dengan guru lepas tuh tanya guru sihat ke dok?..bergurau dengan kawan dalam gelanggang macam la belum nih tak pernah bergurau..inilah tabiat murid yang bila ditegur terus terguris..kadang2 ada yang sampai tarik diri sebab ditegur bergurau dalam gelanggang..
anak2 ku sekalian..masa 2 jam latihan cukup untuk kita berikan kepada guru untuk mengajar kita..jangan kita ambil kesempatan untuk nak buat perangai dalam gelanggang..
idea dan ilham guru akan menyusul jika suasana dalam gelanggang under control..tapi kalau tiap2 hari latihan masih ada yang sanggup bergurau itu namanya murid yang kurang ajar..
inilah yang seharusnya kita sebagai murid tidak terlepas pandangan dalam proses mendalami ilmu yang dicita-citakan..
ingat!!! hari ini bukan untuk dilukai, tetapi luka semalam takkan bisa terubat kerana kerakusan kita memperjudikan masa untuk menyatakan kegembiraan yang belum tentu berakhir dengan kenikmatan..
bersambung....

No comments:
Post a Comment