Monday, 14 June 2010

KENAPA DENGAN SILAT!!!

ramai yang mempersoalkan tentang silat..kenapa silat ini kurang diminati oleh bangsa sendiri..
mungkin ada yang mengenali silat ini dari segi lahiriah dan ada juga yang memandang silat ini dari sudut batiniah yang begitu mendalam..
ada orang cakap buat apa belajar silat..bukannya hebat pun baik la belajar ......... ..tak boleh cakap lah..faham2 jer lah..ada jugak ibu bapa yang tak berani untuk daftarkan anak-anak mereka belajar seni silat..bimbang kalau anak mereka isim..astagfirullah..kenapa cetek sangat pemikiran orang-orang kita..kalau boleh kita sama-sama bertindak lebih positif atas nama perjuangan seni budaya bangsa..jangan pikir benda-benda negatif..kalau kita tengok secara lebih luas..guru-guru silat mempunyai disiplin yang tinggi dan memberi contoh terbaik kepada masyarakat..walaupun mereka mempunyai kelebihan dalam seni mempertahankan diri..mereka tidak mengambil kesempatan ini menjadi gengster..sedangkan rami di luar sana gengster yang mendabik dada dengan kehebatannya langsung tidak pernah bergelar jurulatih dalam mana-mana seni..paling tinggi pun hanya belajar sahaja.
tapi kalau kita tengok ramai antara barisan jurulatih silat atau mana-mana seni beladiri mereka cukup berdisiplin..dan mereka sanggup mengelak diri mereka dari terlibat dengan pergaduhan..ini lah sepatutnya yang harus menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kita..jangan pulak barujer belajar sekali terus ingin mencuba nasib..nak test ilmu la kononnya..tak payah itu semua..teruskan hidup kita dengan berdisiplin dan jangan sesekali lupa..ujian yang datang seharian adalah rancangan dan perlaksanaan allah taala..kalu boleh kita cuba elakkan dari berlaku keadaan sedemikian..
begitu jugak ada yang berfikiran sempit..bila belajar silat ada ke bacaan dan sebagainya..kalau kita nak kaji bab bacaan ayat-ayat al-quran ni..dalam solat pun ada..jadi apa masalahnya..tak der apa yang nak dirisaukan..lagi pun sekarang ni di peringkat sekolah kita lebih menekankan bentuk latihan fizikal untuk melahirkan pesilat yang mempunyai stamina yang kuat dan mampu menjadi contoh kepada pelajar sekolah yang lain..
sebelum masyarakat di luar fikir..kami di barisan jurulatih telah fikir semasak-masaknya kemana harus dibawa perjuangan murni ini..dan kami tak pernah terfikir untuk membentuk mereka menjadi gengster kerana ini boleh menjejaskan nama kelab kami..
ayuh sama-sama kita lahirkan anak bangsa yang celik silat dan perihatin dengan perjuangan dan pergerakan silat di negara ini khasnya dan dunia amnya..
wassalam...

No comments:

Post a Comment