Thursday, 24 June 2010

Jasa Mu Di Kenang Guru Ku!!!



dalam usaha mengejar nama dan pangkat..ramai diantara jurulatih mahupun sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam urusan mengajar terlupa akan hakikat hiraki perjalanan hidup..ramai yang hanya mengajar silibus yang dipelajari tapi tidak pernah pun terlintas dalam benak fikirannya untuk menperkenalkan siapa yang mengajar mereka..usaha untuk mengajar akan sia-sia jika sekiranya kita rasa malu untuk menyatakan yang sebenarnya..ada yang boleh dikategorikan sebagai "susuk punca"..tak mahu bagi tahu salasilah daripada mana mereka belajar..mungkin mereka nak dikategorikan sebagai jurulatih yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesebuah pertubuhan silat atau sebagainya..ramai yang mengaku diri hebat tetapi dalam pemikiran mereka langsung tidak terfikir hebatnya mereka lahir dari seorang insan yang bernama guru..tak kisah lah siapa guru mereka..tapi mereka tetap berguru sebelum menjadi guru..
tercuit juga perasaan ini bila mula memperkenalkan gayong tempur..ada suara sumbang yang mengatakan bahawa diri yang hina ini ingin menjadi mahaguru..ohhhh..tidak sekali-kali..hamba masih kenal siapa guru hamba..tapi bagi orang yang mengatakan demikian langsung tak pernah kenal diap guru mereka..mereka hanya menganggap guru mereka ialah guru mereka yang sekarang..
keadaan ini menimbulkan tanda tanya..kenapa mereka dilahirkan sebagai jurulatih jika ingin menyembunyikan siapa guru mereka yang sebenar..saya pernah ingat kata-kata guru saya..sehebat manapun murid tak akan melebihi tahap guru kerana seorang guru pastinya mempunyai anak murid yang ramai dan tidak mungkin kita berada dihadapan mereka kerana seramai mana sekali pun murid kita..murid kita jugak tetap murid guru kita..
mana mungkin tinggi tangga dari lantai mana mungkin besar gayong dari tempayan..fikir-fikirkan..
dan untuk lebih berjaya dalam dunia persilatan..hanya melahirkan pesilat yang hebat tetapi tidak mempunyai rasa hormat dan cinta kepada pewaris2 seni ini ibarat melahirkan robot yang tahu memasang kenderaan tetapi tidak menjiwai watak sebagai seorang manusia..
sepanjang hamba bersilat..tak der guru yang nak disembunyikan..kerana walau hanya membetulkan penumbuk pun mereka itu tetap dianggap guru..maka sedarlah guru dan jurulatih yang sedang enak dimamah glamour..katakan pada anak-anak murid mu sekalian siapakah yang telah memimpin dan mendidik mu sehingga ke saat ini..tidak perlu rasa kalau diberitahu..anak murid akan jadi terpinga-pinga dan fikir yang mana satu guru yang dimaksudkan..
berburu ke padang datar,
dapat rusa belang di kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi..
ayuh anak gayong semua..ingat tanpa pengorbanan seorang guru yang sanggup berpanas dan berhujan mengajar kita..mana mungkin kita sampai ke tahap ini..
ya allah ya tuhan ku selamatkan lah guru-guru ku..amin..

No comments:

Post a Comment