memanfaatkan masa yang diberikan allah swt untuk mengajar dan belajar seni tempur ini..sesungguhnya belajar mempertahankan diri itu sunat dan mempertahankan diri itu wajib..
kepada semua ibubapa yang berkesempatan melawat blog ini..ayuh sama-sama kita kumpulkan anak-anak kita dalam gayong tempur ini bukan sahaja untuk mempelajari ilmu seni ini tetapi sekaligus mendisiplinkan mereka..
salah satu usaha dilakukan oleh kami ialah membantu pihak ibubapa, sekolah, kerajaan dan sebagainya membentuk murid-murid dan pelajar agar dapat menghindari gejala sosial yang semakin berleluasa hingga hari ini..
jangan kita negatif dengan silat ini..kita harus sedar dan faham segala yang dirancang adalah untuk kebaikan bersama..pihak SSGT telah bersepakat untuk memberi khidmat sebaik mungkin dalam usaha mengembangkan lagi budaya melayu turun temurun ini kepada anak bangsa yang semakin ketandusan ilmu nenek moyang mereka..
moga terus mendapat sokongan dari mereka yang perihatin dan bertanggungjawab..
salam keatas nabi muhammad saw..

No comments:
Post a Comment